Sabtu, 13 Julai 2013

Penjagaan Kesihatan


Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berasid, badan akan menjadi kurang sihat dan kita akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko penyakit yang kronik seperti sakit jantung dan darah tinggi. Selain itu, badan akan menjadi kurang cekap dalam menyerap vitamin dan mineral pada makanan yang dimakan dan proses membaiki sel-sel rosak dalam badan akan semakin berkurangan.

Kebanyakan pakar-pakar pemakanan mengesyorkan kita untuk mengambil makanan yang beralkali sebanyak 80% dan makanan berasid sebanyak 20%. Sekiranya kita mengekalkan diet ini, badan kita akan lebih bertenaga pada sepanjang masa dan peluang untuk mengekalkan keseimbangan nilai pH alkali dalam badan adalah tinggi.




Ahad, 2 Disember 2012

~ bezday girlz ~

'' slmt hari jadi...slmt hari jadi eryn..slmt hari jadi ''

Dah besar anak ayah...skrg dah 3 tahun, dah jd anak dara..cute miut, ayah ibu mendoakan semoga eryn membesar dgn sihat,ceria,menjadi anak solehah dan mendapat penuh kasih syg...amin.
Ayah ibu tak dpt nak sambut semeriah mana..cuma kita dpn sambut kat Ice Room je..yg penting ayah dpt tgk anak ayah ni happy..Sonok dan sejuk mata ayah tengok gelagat anak ayah membesar dgn kasih syg, ayah dapat wat ni je yg terbaik untuk anak ayah.


SELAMAT ULANG TAHUN KE-3



CUTE....
Seiras....




Khamis, 29 November 2012

MENCARI ERTI KEHIDUPAN

SATU PERMULAAN


Tak sangka kehidupan yg aku lalui selama ni memberi erti segalanya. Segalanya berubah apabila aku menghidap penyakit kanser, ni sbb tak menjaga kesihatan la ni..rokok,pemakanan yg tak terkawal punca penyebab.
Dah bertahun2 batuk aku x hilang,wife suh stop rokok tp hati kering dan degil ni lah menjadi punca segalanya..awl bln 3/2011 aku kene bedah kat tekak sbb tonsil bengkak..derita gak kene berpantang mcm2..ingatkan dah jd cm ni leh lah ubah..haram..apa pun tak jadi. Last2 awal bln 11 aku disahkan menghidap kanser lymphoma(kanser darah) stage 2b...Allahuakhbar.

Diagnosis penyakit


Bermula kehidupan yg penuh liku-likunya...mula2 aku anggap bengkak kat leher ni perkara biasa je..tetapi jangkaan aku silap sekali,permulaan aku buat biopsi di sahkan kanser,memang perit menangung sakit. aku cuba tabah dan cuba cr maklumat tentang sakit yg aku alami...sah memang aku kene hadapi semua ni dgn segala kekuatan dan kesabaran.

Anak penawarku

keceriaan

kawan2 memberi semangat

Aku disarankan menempuh rawatan 6 sisi kimotrapi dgn stiap sisi selama 3 minggu di dlm wad 6G (medical 4 ) HUKM , mula2 rasa takut..mcm2 bermain di fikiran dgn keadaan bermcm2 ragam pesakit didlm wad tapi isteri tercinta banyak beri dorongan dan semagat..sejak itu aku mula merapat diri dgn setiap pesakit mendegar rintihan mereka.Kebanyakan berkeadaan lebih teruk lg berbanding aku. kami saling memberi semangat dan sama2 berdoa agar sembuh. Tiada perbeza taraf lg dan bangsa..semua bersatu hati tok berjuang melawan penyakit yg ada.
ini lah kehidupan kami sebagai penghuni WAD 6G HUKM.


Penghuni wad 6G


Di pantau setiap masa


Peneman Hidup

JANGAN BERHENTI BERJUANG


Permulaan kimotrapi aku diberi bermcm2 penerangan berkaitan rawatan ni, dari segi pemakanan..penjagaan harian dan mcm2..semua tu cm rumit je nak ikut tp apakan daya..aku perlu hidup.
Aku dibawa ke bilik prosedur untuk diambil sample tulang sumsum,yaAllah..sakit teramat sgt bila jarum sebesarnya mencucuk pinggul aku,seharian aku tak dpt jalan,hasilnya tiada simptom yg kanser melarat ke tulang..mengharap tidak diulang lg... sakitnya tak terkata.
Hari pertama kimo aku demam,bermcm2 ubt antibiotik diberi untuk meredakan dmm..mgkn perasaan takut menyelubungi yg wat aku dmm...sapa yg tak takut..mcm2 dipikirkan, isteri trsyg memberi smgt dan ketenangan..sejuk hati ni
Hari ke hari minggu ke minggu aku menjalani kimotrapi..nak blk umah pun kene mintak cuti kat hospital, aku dah mula mengenali pesakit2 lain, dokter2, nurse2 dan family2 pesakit...mereka semua yg wat hilang rasa bosan bila isteri trsyg tak dpt dtg...yalah my wife pun ada tanggungjwb yg nak dibuat.Bila keputusan menghantar anak ke kg..hati ni terasa ayu sedih mcm2 lg..sampi bila nak cm ni..Allah swt maha mengetahuai dan memahami setiap hambanya.

kimotrapi

ubat kimo - BECCOP







mengenang keperitanku


senyummu pengubat rindu


bagai rumah di wad


3 sisi rawatan...selama 10 minggu aku menjalani rawatan kimotrapi..syukur tiada apa2 kesan yg teruk aku alami..cuma loya2..selera mkn kurang perkara biasa, tp keputusan yg x dpt aku terima aku terpaksa membotakkan kepala sbb rambut dah mula gugur...sejak zmn budak lg mana aku penah gondolkan kepala ni..apa nak wat terima jelah seadaanya...mula2 isteri trsyg melihat ketawa besar di..dia kata mcm alien tersesat..blm anak lg..dorg takut melihat gaya terkini aku ni..nak dekat pun takut..apa pun dorg masih syg aku lg walu cm mana aku berubah wajah..heheh aku pun takut nak tgk muka aku ni....

kehenseman diragut

yah entak (ayah botak)

takut smpai menyorok

keguguran rambut

menerimaku seadanya
Aku diberi peluang cuti untuk bersama family...aku cuba sebaiknya untuk meluang masa dgn anak2 isteri trsyg..tp tak sangka aku diserang sakit yg teramat sgt..aku dikejarkan ke hospt slim river ( kg asal)..disana aku diberikan berbagai rawatan..sakitnya tak terkata..nafas jantung terasa seakan nak berhenti berdegup..isteri trsyg mengalir air mata melihat penderitaanku..anak2 hanya terdiam tak tahu apa yg berlaku..aku di pindahkan ke HUKM dan aku disahkan mengalami jangkitan paru2..selama sehari aku bertarung nyawa..berbagai ubat tahan sakit..pelali diberikan..cuma raungan saje yg dpt aku balas..Allah maha mengetahui, aku dipindahkan ke wad CCU (unit rawat jantung & paru2). Aku dikuarintinkan...ramai sanak saudara..sahabat..menjenguk aku dan berdoakan kebaikan.
Isteri trsyg hanya mampu berdoa dan air matanya tak henti mengalir bila di sampingku..dia cuba tabah dan menempuh seandainya aku pergi dulu.Aku sedar apa yg berlaku di sekeliling..cuma tak berdaya..hanya terbaring kaku mengenang nasib. Berkat doa semua aku beransur pulih..selama 2 minggu aku ditahan dlm CCU.Kini aku diletakan di wad biasa...kawan2 aku dlm wad menyambut gembira melihat keaadaan aku yg makin pulih..
Allah swt memberi peluang pdku untuk menebus segalanya yg aku tinggal...Allah swt maha mengetahui
Sentiasa Disisi


bertarung nyawa


menahan kesakitan

family memberi smgt

Dia Segalanya
 Baru ku sedar bertapa sygnye isteriku pada ku, sanggup berkorban apa saja demi kehidupan sempurnaku..sejak hari ni baru ku sedar bertapa pentingnya dia disisiku..
kawan menjadi lawan....semua terbukti sejak aku sakit, sapa kawan sapa lawan, ramai yg membantu aku dari segi kewangan..dorongan..dan memahami segala kesukaranku.

Selepas aku melalui detik ini...kos rawatan aku makin tinggi..ni disbbkan nak cover balik penyakit aku..aku terpaksa membeli ubat sendiri habis simpanan dikeluarkan..sehinggakan my wife terpaksa meminta bantuan drp syrakitnya..alhamdulillah doa dan kesabaran membuah hasil..rawatan aku di tanggung sepenuhnya...

Aku menyambung kembali rawatan kimotrapi yg tertangguh...saat demi saat terasa dihimpit kerisauan..sehinggakan aku menangis.Tak tau kenapa isteri trsyg terlalu tabah menghadapinya..walau ku lihat dia tak mampu lg, penjagaan ku dijaga rapi..kerinduan pada anak2  membuatnya menangis..menguruskan ibu dan adik menjadi kewajiban..kau seorang yg sempurna bgku..kau segalanya.
Aku menempuh setiap kitaran kimotrapi dengan kuat...aku cuba tabah dan semangat..kadang2 aku tewas gak..aku menangis mengenang nasib..
Setelah sekian lama sehingga bulan 4/2012 aku  disarankan membuat PET-scan dan keputusannya aku disahkan bebas kanser....aku bersyukur padamu YaAllah swt, tp tak tau kenapa doktor menyarankan aku sambung kimo 2 sisi lg...knp?...ini lah kehendak pakar supaya aku sembuh sepenuhnya..aku melalui detik pahit sekali lg..aku tempuh semua sekali lg..aku cuba bertahan untuk demi masa dpn family aku..dan aku berjaya melalui semuanya...kini aku bersyukur telah kembali pd familyku

Aku cuba perbetulkan apa yg selama ini salah, kini Allah swt telah memberi pertunjuk ke arahnya dan skrg tiba aku berkorban untuk semua yg banyak membantu aku..dan bnyk memberi dorongan.setelah sekian lama bercuti awal bln 9/2012 aku kembali bekerja untuk menyara isteri dan anak.
Aku terpikir dulu..kenapa ujian ini menimpaku?..ni lah kehidupan Allah swt memberi peluang pada ku untuk kembali kejalannya..
Allah swt maha berkuasa dan maha pengampun



Kebahagiaan selepas tamat menjalani rawatan

sambut ulangtahun

ketembaman yg melampau


Kembali Semula

kasih terjalin

merenung masa depan

kasih sayang tercipta


Kembali terjalin kasih sayang antara kita . selamanya sentiasa di sampingmu


kau dan aku


hero idaman malaya
Lelaki ini...

santai seketika


kembali bersatu

~ amin..amin ya rabbal alamin ~






Ahad, 25 November 2012

Keikhlasan Mencintaimu

Cinta dihargai

Tak sangka dah 11 tahun tempoh perkenalan termasuk 3 tahun tempoh perkahwinan dgn isteri tercinta...tap..tap..tap.. dah 2 si jantung hati kami (ank2)...tersenyum bila teringat telatah jatung hati kami yg cute2..
Dari dulu lg aku tau yg my wife terlalu mencintaiku..tp aku pun mengerti yg my wife sanggup berkorban untuk segalanya.Memang ini jodoh ku yg ditetapkan....entah kenapa aku jd sejuk bila dekatinye...entah mcm mana my wife leh ubah sikap panas..ego...aku...,mcm mana pun di yg terbaik bg ku. Aku tau apa yg tersirat dihatinya..segalanya untuk aku dan anak2 ~ love u 4-ever ~




                                                  ~ kekasih hati hingga ke hayat ~


Kesabaran & Pengorbanan 

Tak terkata lg...tak terbalas apa yg my wife lakukan, segalanya untuk aku..segalanya untuk cintanya. Besar sungguh pengorbanannya....selagi ada hayat aku..sentiasa mencintaimu.
terkenang gak apa yg dia lakukan untuk aku selama ni...mcm mana seorang isteri yg cute ni dpt lakukan semua benda...menguruskan segalanya..selama aku sakit besar sungguh cabaran dia..bukan aku tak tau yg dia tak mampu lg nak tanggung laluan ni..tp sikap dia yg simpan segala keperitan hanya untuk membuat aku gembira..semangat, Allah swt saje yg tahu.
Kenapa jodoh ini yg ditentukan?....ini lah perjalana hidup, kalu org lain mesti dah lari...tp bg my wife...di tanggung segalanya, ini lah janji dia dulu pada ku ''mencintai dan setia padamu hingga akhir hayat'' dah terbukti kesetiaannya.Bukan niat nak menyusahkan tp ni ditetapkan...ikutkan hati tak sanggup melihat dia terseksa di sbbkn aku.
Aku kan lakukan segalanya untuk dia.....


                                              ~ Kesetiaanmu segala bagiku ~

Sabtu, 24 November 2012

Kebahagiaan tercipta

Tercipta satu perjalanan hidup


Hidup & mati ..... Jodoh .... semua dah tercatit disana, kita hanya mampu merancang,
Bersyukur pada Allah swt kerana memberi kesempatan untuk ku menebus segala yg tertinggal dan menunaikan segala tanggungjawab.
Terasa diri ni terlalu bertuah kerna diberi kesempatan ke2 dan mengharap tidak mensia-siakan semuanya.
Allah swt maha berkuasa, maha mengetahui dan pengampun.

Bersyukur padamu ya Allah swt kerna diberi seorang pasangan hidup yg terlalu memahami dan berkorban segalanya, Dulu diri ku yang daif dari segalanya kini bersinar dengan jalan mu ya Allah swt..ini lah skrip yg tercipta bg ku sebagai hambamu. Kuarniaan Mu pada ku dua orang cahaya mata memberi satu harapan untuk ku terus berjuang untuk hidup di duniaMu

Segalanya tercipta untukku

                                                  Kasih sayang selamanya...............



Assalamualaikum & slm sejahtera...............


Tak sangka tangan ni gatal tekan keyboard nak wat blog.....
bukan apa rasa bnyk story nak di kongsikn...
apa-apapun slmt berblog tok diriku....
ikuti hikayat hidup ku ini.......

Hidup penuh dugaan