Sabtu, 13 Julai 2013

Penjagaan Kesihatan


Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berasid, badan akan menjadi kurang sihat dan kita akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko penyakit yang kronik seperti sakit jantung dan darah tinggi. Selain itu, badan akan menjadi kurang cekap dalam menyerap vitamin dan mineral pada makanan yang dimakan dan proses membaiki sel-sel rosak dalam badan akan semakin berkurangan.

Kebanyakan pakar-pakar pemakanan mengesyorkan kita untuk mengambil makanan yang beralkali sebanyak 80% dan makanan berasid sebanyak 20%. Sekiranya kita mengekalkan diet ini, badan kita akan lebih bertenaga pada sepanjang masa dan peluang untuk mengekalkan keseimbangan nilai pH alkali dalam badan adalah tinggi.